ASSALAMUALAIKUM
Andak nak share tempat makan tengahari yang Andak lepak hari-hari kecuali kedai makan ni tutup. (biasanya sebab handle katering) .Dah macam addicted sgt dengan masakan dia sampai tak pernah makan kat kedai lain. Selain lauk-pauknya yang sedap dan pelbagai, layanan mesra dari tuan kedai serta service yang cepat...sebab utama kami makan kat sana adalah kerana MURAH. Terutamanya kalau makcik Melor yang bagi harga (terima kasih makcik!). Dan biasanya kami yang memang lapor tahap gaban ni akan ambil nasi 'lapar' (terutamanya Efa, eh! aku apa kurangnye...) kecuali Eila sebab dia selalu akan cakap nasi separuh.
Makcik Melur (tudung oren) & Makcik Ida (pembantu) |
Papan Tanda Kedai Makan ( Makcik Melur malu2...) |
Yang bestnye lauk-pauk yang ditawarkan memang sedap-sedap dan menawan hati. Sebab tu memilih lauk je sampai ambil masa 5 minit. Tu belum sampai berdiri depan satu2 lauk dan pikir nak amik lauk yang mana satu. Kadang2 dah tak tau nak pilih mana, ambil je semua yang berkenan di hati sebab tekak ni terasa nak makan. Antara lauk-pauk yang biasanya terhidang:
Bebudak ni sampai naik muntah tengok Andak makan ikan keli. Ada sampai satu tahap, hari-hari makan ikan keli dengan sambal belacan, tak jemu langsung!. Sekarang ni ada jugaklah bertukar-tukar tapi ikan keli still dalam menu, hehehehe!
Ikan Keli Bakar..pergh!!! tak boleh tahan... |
No comments:
Post a Comment