Thursday, May 13, 2010

Terlalu cinta

Kebosanan melanda hati,itu katamu. Terima kasih, sekurang-kurangnya aku tahu tahap mana kasih sayangmu untukku. Mungkin aku harus lebih berhati-hati kini,mencurah kasih sayang ke dalam hati keladimu.
Aku akui hatiku benar-benar terluka kini. Bagai pinggan jenama yang dihempas jatuh tidak pecah, tapi retak beribu. Benar-benar tidak mampu memahami dirimu atau sememangnya tak ingin mengetahui lagi sebab kebosanan itu, kerna aku tahu ia akan lebih melukakan aku.
Luluh kerana kau adalah nadi,yang amat ku hargai seumur hidupku. Kau yang ku sangka amat sempurna untukku, menikam aku dengan kata-kata tajam itu sehingga merembes air mata darah ini bagai tiada makna. Tidak ada hargakah cintaku? Sewenang-wenangnya kau campak sesuka hatimu.

Aku cuma wanita biasa, tiada keistimewaan untuk ditawarkan. Mengapa setiap kekurangan perlu dibuat perhitungan.Bukankah janji kita untuk sehidup semati. Maka burukku adalah baikmu dan burukmu adalah baikku. Belum gah kita melayari bahtera, kamu sudah bosan denganku. Betul, aku bukan gadis menarik yang bijak mengemudi perasaanmu tapi kamu yang memilih aku untuk menjadi suri hatimu.
Senang benar kamu lafazkan bosan setelah aku sedaya upaya menjadi sisimu yg sempurna. Aku bukan berhenti, cuma ingin mencari diri sendiri yang sudah tenggelam dalam lautan kasihmu. Benar, aku betul-betul sayang dan cinta padamu. Namun dek kerana kamu bosan dan mempertikaikan kasih sayangku, mungkin aku perlu berehat sebentar. Berehat dari memikirkan segala-galanya tentang dirimu. Kerana luka ini terlalu dalam, buat aku meraung penuh dendam. Bukan kerana benci tapi terlalu cinta...


Wednesday, May 5, 2010

Bunga Rindu

Manusia tidak pernah bersyukur kan?
walaupun sentiasa dilimpahi kasih dan kurnia,
dari Yang Esa.
Kuntum mawar kian mekar hari ini,
Entah esok jatuh berguguran,
kerana kita tidak mampu meramal,
apa yang terjadi pada masa depan.
Hanya aku ingat,
sinar matamu yang kini menetap di hati,
menjadi igauan di siang hari,
menjadi tamu malamku di tilam mimpi.
Seksa rupanya menjadi seorang yang matang,
terpaksa berusaha memikirkan segala-galanya.
Mujurnya keluargaku ada disini,
Untuk ku pupuk semangat,
Yang kini kian rapuh,
atas musibah yang menimpa diri.
Hati ini berbunga lagi,
kini dibajai rindu,
untukmu yang belum tentu merinduiku...

Rintihan Simpati


Melihat dunia hari ini,
aku tunduk bersyukur,
kerana mempunyai negara yang mewah.
Tatkala penduduk menadah tangan,
pasti ada yang menghulur,
tanda simpati dan prihatin,
tapi sampai bila,
fenomena ini akan berakhir?
selagi minda tidak digerak dengan akal,
mencipta suatu fantasi menjadi realiti,
maka..
terjadilah lebih ramai tangan yang menadah,
dan tatkala itu,
tiada lagi yang menghulur.

Monday, May 3, 2010

Bukan kemahuan fikiran

Kenapa orang tidak pernah cuba memahami, gadis mentah yang lari dari kesibukan bandar, sekadar ingin mencuba kedamaian desa yang kian menggamit. Walaupun gadis ini melakukan kesalahan, tidak salahkan...jika menegur dengan lembut yang bisa mencair hati naluri gadis yang keras ini. Walaupun sebenarnya nampak tidak dilayan, percayalah...
Gadis ini sedang mencari matlamat dalam hidupnya kini. Kekerasan hatinya bukan kemahuan tetapi kerana peristiwa lalu yang tidak pernah tersingkap oleh sesiapa. walaupun gadis ini sakit, tak siapa yang tahu kemahuannya kerana kesudian untuk mendekati sudah tertutup dan manusia hanya mahu mempermainkan dirinya yang jauh dari orang tersayang...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...