Thursday, May 13, 2010

Terlalu cinta

Kebosanan melanda hati,itu katamu. Terima kasih, sekurang-kurangnya aku tahu tahap mana kasih sayangmu untukku. Mungkin aku harus lebih berhati-hati kini,mencurah kasih sayang ke dalam hati keladimu.
Aku akui hatiku benar-benar terluka kini. Bagai pinggan jenama yang dihempas jatuh tidak pecah, tapi retak beribu. Benar-benar tidak mampu memahami dirimu atau sememangnya tak ingin mengetahui lagi sebab kebosanan itu, kerna aku tahu ia akan lebih melukakan aku.
Luluh kerana kau adalah nadi,yang amat ku hargai seumur hidupku. Kau yang ku sangka amat sempurna untukku, menikam aku dengan kata-kata tajam itu sehingga merembes air mata darah ini bagai tiada makna. Tidak ada hargakah cintaku? Sewenang-wenangnya kau campak sesuka hatimu.

Aku cuma wanita biasa, tiada keistimewaan untuk ditawarkan. Mengapa setiap kekurangan perlu dibuat perhitungan.Bukankah janji kita untuk sehidup semati. Maka burukku adalah baikmu dan burukmu adalah baikku. Belum gah kita melayari bahtera, kamu sudah bosan denganku. Betul, aku bukan gadis menarik yang bijak mengemudi perasaanmu tapi kamu yang memilih aku untuk menjadi suri hatimu.
Senang benar kamu lafazkan bosan setelah aku sedaya upaya menjadi sisimu yg sempurna. Aku bukan berhenti, cuma ingin mencari diri sendiri yang sudah tenggelam dalam lautan kasihmu. Benar, aku betul-betul sayang dan cinta padamu. Namun dek kerana kamu bosan dan mempertikaikan kasih sayangku, mungkin aku perlu berehat sebentar. Berehat dari memikirkan segala-galanya tentang dirimu. Kerana luka ini terlalu dalam, buat aku meraung penuh dendam. Bukan kerana benci tapi terlalu cinta...


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...