Wednesday, April 25, 2012

Yang Terukir Di Bintang Saya

ASSALAMUALAIKUM

Terima Kasih , Abang !!!

Terima Kasih, ayang mama !!!




TERUKIR DI BINTANG - YUNA
Jika engkau minta intan permata
Tak mungkin ku mampu
Tapi sayangkan ku capai bintang
Dari langit untukmu

Jika engkau minta satu dunia
Akan aku coba
Ku hanya mampu jadi milikmu
Pastikan kau bahagia

Hati ini bukan milik ku lagi
Seribu tahun pun akan ku nanti
Kan kamu

Sayangku jangan kau persoalkan
Siapa dihatiku
Terukir di bintang
Tak mungkin hilang cintaku padamu

Hati ini bukan milik ku lagi
Seribu tahun pun akan ku nanti
Kan kamu

Sayangku jangan kau persoalkan
Siapa dihatiku
Terukir di bintang
Tak mungkin hilang cintaku padamu

Sayangku jangan kau persoalkan
Siapa dihatiku
Terukir di bintang
Tak mungkin hilang cintaku padamu

Terukir di bintang
Tak mungkin hilang cintaku padamu

*Memula tu tak suka sangat layan lagu ni, dah lama2 dengar..layanlah plak, huhu...



Friday, April 20, 2012

Wow !!! Lepas Baca, Semua Kunjung...

Terdapat pelbagai cara meningkatkan pengunjung ke blog kita yang pernah kita lakukan tetapi cara ini agak menarik untuk dicuba terutama pada blogger baru kerana cara ini mudah dan simple. Saya akan tunjukkan caranya.


Langkah 1 : Tulis posting artikel seperti posting ini, dan jika anda malas(huhu) sila copy-paste artikel ini. Kemudian beri tajuk yang menarik.

Langkah 2 : Letakkan Link URL di bawah ini untuk artikel yang anda tuliskan dalam blog / web anda




12.syuzana
13.zueyie 
14.Firdaus Kasim
15.AndakZarinah


Langkah 3 : Sebelum anda meletakkan web-web di atas di link URL ke posting web / blog anda, sila hapuskan link nombor 1.


Langkah 4 : Selepas itu pindahkan Link no.2 menjadi no.1, yang No.3 jadi No.2, yang No.4 jadi No.3 dan seterusnya.

Langkah 5 : Setelah itu masukkan link anda di urutan bawah (No.15).

Akhir sekali, urutannya akan jadi macam ini :


15.Link Anda
                                           

Ingat! Jangan Ubah urutan daftar link itu. Jika setiap blogger mengikuti formula tersebut, maka bakal menghasilkan backlink seperti berikut:

Bila posisi anda pada no.15, jumlah backlink = 1
Posisi no.14, Jumlah backlink = 5
Posisi no.13, Jumlah backlink = 25
Posisi no.12, Jumlah backlink = 125
Posisi no.11, Jumlah backlink = 625
Posisi no.10, Jumlah backlink = 3,125
Posisi no.9, Jumlah backlink = 15,625
Posisi no.8, Jumlah backlink = 78,125
Posisi no.7, Jumlah backlink = 390,625
Posisi no.6, Jumlah backlink = 1,953,125
Posisi no.5, Jumlah backlink = 9,765,625
Posisi no.4, Jumlah backlink = 48,828,125
Posisi no.3, Jumlah backlink = 244,140,625
Posisi no.2, Jumlah backlink = 1,220,703,125
Posisi no.1, Jumlah backlink = 6,103,515,625


Sumber : http://www.firdauskasim.com/2010/12/cara-meningkatkan-pengunjung-blog.html#ixzz1sajukVaO

Sunday, April 15, 2012

Pergh! Sedapnye Sambal Terbelelek

ASSALAMUALAIKUM

Hari ni kami sekeluarga pergi menziarahi rumak Pak Lang di Hulu Langat. Biasalah bercerita tak hengat kalau dah berkumpul tu. Gelak ketawa mewarnai suasana mesra kami. Lebih lagi bila timbul cerita lucu berkaitan Andak semasa bersalin kerana meminta nasi kerana kelaparan ! Adoyai...

Masa nak balik tu, seperti biasa Pak Lang & Mak Lang akan offer tanaman mereka seperti pucuk ubi untuk dibawa pulang. Andak dengan mak memang akan aim bunga kantan sebab kat sini harganya mahal sangat. Lagipun dah lama tak pekena sambal terbelelek.

Pernah dengar tak? Mesti tak pernah kan. Mak Andak citer punyalah sedapnye sambal ni, moyang Andak masa nak meninggal cuma lalu makan nasi putih panas2 dengan sambal ni jer. Maklumlah orang kampung kan suka makan yang simple2 jer. Kata mak Andak lagi, sambal ni dinamakan terbelelek sebab bila dah sedap makan, menikmatinya sampai terjelir lidah sebab menahan pedas tapi sedap. 

Andak buat sendiri tau!

Cara buat dia senang je :
1. Hiris bunga kantan halus2
2. Kopek ikan bilis, buang tahi dan belah dua
3. Buat sambal belacan macam biasa (tumbuk lebih sedap)
4. Masuk bunga kantan & ikan bilis, tumbuk sekali.
5. Perah air asam limau kasturi. siap!

Bila ada Sambal Terbelelek ni, makan dengan apapun sodap. Fungsi dia macam kita makan sambal belacan jugaklah. Andak suka sangat makan dengan ikan goreng yang di goreng garing. Bila asyik sangat makan, laki kat sebelah pun tak perasan, huhu! Try la kalau nak tahu sedap atau tak? Tak kenal maka tak cinta kan...





Sunday, April 8, 2012

Sesempurna dia...


* Bila mood bercinta datang, dalam hati ni macam radio je, terngiang-ngiang lagu-lagu cinta yang Andak suka. Mulalah menyanyi tak hengat orang sebelah suka ke tak dengar suara Andak (ada aku kesah?). Memanglah masa yang pahit datang, kita rasa tak suka tapi nikmatnya selepas tu, hubungan akan jadi manis sangat. Buat kita senyum sendiri dan terima kepahitan tu dengan sendiri. Masa tu kita akan terima segalanya pasal dia sebab kita tahu redha jodoh yang ditentukan olehNYA dan kita tak mampu cari orang lain sesempurna dia...
Kau begitu sempurna
Dimataku kau begitu indah
kau membuat diriku
akan slalu memujamu
Disetiap langkahku
Kukan slalu memikirkan dirimu
Tak bisa kubayangkan hidupku tanpa cintamu
Janganlah kau tinggalkan diriku
Takkan mampu menghadapi semua
Hanya bersamamu ku akan bisa
Reff:
Kau adalah darahku
Kau adalah jantungku
Kau adalah hidupku
Lengkapi diriku
Oh sayangku, kau begitu
Sempurna.. Sempurna..
Kau genggam tanganku
Saat diriku lemah dan terjatuh
Kau bisikkan kata dan hapus semua sesalku
* Setiap kali dia beli sesuatu, mesti dia beli kita punya jugak. hehehehuhuhuhihihihi (gelak gatai)

Friday, April 6, 2012

Best Lunch I ever had ...

ASSALAMUALAIKUM

      Andak nak share tempat makan tengahari yang Andak lepak hari-hari kecuali kedai makan ni tutup.  (biasanya sebab handle katering) .Dah macam addicted sgt dengan masakan dia sampai tak pernah makan kat kedai lain. Selain lauk-pauknya yang sedap dan pelbagai, layanan mesra dari tuan kedai serta service yang cepat...sebab utama kami makan kat sana adalah kerana MURAH. Terutamanya kalau makcik Melor yang bagi harga (terima kasih makcik!). Dan biasanya kami yang memang lapor tahap gaban ni akan ambil nasi 'lapar' (terutamanya Efa, eh! aku apa kurangnye...) kecuali Eila sebab dia selalu akan cakap nasi separuh. 
Makcik Melur (tudung oren) & Makcik Ida (pembantu)

Papan Tanda Kedai Makan ( Makcik Melur malu2...)
 Biasanya kami akan sampai kat kedai makan ni kira2 jam 12.10 ~ 12.35 tengahari. Lepas dah rambang mata pilih lauk dan air (biasanya air suam je, tapi sekarang dah mula minum barli suam) , kami akan duduk kat port kitaorang. Dulu2 kitaorang 3 orang je, sekarang dah tambah ahli (staf baru) Ika & Iza. So, ramai-ramailah makan beradab mengisi perut yang dah berbunyi macam bela katak puru menyanyi je lagaknye.

Yang bestnye lauk-pauk yang ditawarkan memang sedap-sedap dan menawan hati. Sebab tu memilih lauk je sampai ambil masa 5 minit. Tu belum sampai berdiri depan satu2 lauk dan pikir nak amik lauk yang mana satu. Kadang2 dah tak tau nak pilih mana, ambil je semua yang berkenan di hati sebab tekak ni terasa nak makan. Antara lauk-pauk yang biasanya terhidang:







       Bebudak ni sampai naik muntah tengok Andak makan ikan keli. Ada sampai satu tahap, hari-hari makan ikan keli dengan sambal belacan, tak jemu langsung!. Sekarang ni ada jugaklah bertukar-tukar tapi ikan keli still dalam menu, hehehehe! 
Ikan Keli Bakar..pergh!!! tak boleh tahan...
Sebenarnye masukkan entry ni dalam blog sebab Kedai Makan Makcik Melor tak buka hari ni. Tak diberitahu pulak tuh. So, melayan frust dengan bercerita kat korang pasal bestnyer kedai makan ni. Lebih frust sebab arini semua kena makan nasi ayam dengan layanannya yang lambat sambil pakai kasut tumit tinggi yang rasa nak baling je kat muka dia sebab dah lapor sangat. Anyway...enjoy my story. Love to share with you...

Tuesday, April 3, 2012

"Mencuri" dari dompet suami dibenarkan?

ASSALAMUALAIKUM

Hari Ahad. Sambil tidurkan anak dalam buaian, dan suami disisi sambil menonton TV...Andak belek2 buku "Cakar Harimau Tips Kebahagiaan Rumah Tangga" ditulis oleh Ustazah Siti Nor Bahiyah, Ustaz Mohammad Nidzam Abd. Kadir & Ustaz Zahazan Mohamed. Buku ni pemberian dari sahabat, Noraini Sukmah semasa melangsungkan perkahwinan. Terima Kasih, Nora!!!

               Andak dan suami suka bertukar2 pendapat dalam pembacaan kami. Masa tu terbaca bab ni :

MENGAMBIL WANG SUAMI
Isteri dibolehkan mengambil wang suaminya bagi membeli keperluan diri sendiri dan keluarga seperti membeli makanan dan minuman walaupun tanpa pengetahuan suami. Kebenaran ini jelas dalam arahan Nabi S.A.W kepada seorang wanita yang mengadu bahawa suaminya kedekut. Dia juga memberitahu Nabi bahawa dia "mencuri" daripada kocek suaminya. Nabi S.A.W. bersabda maksudnya:
"Ambillah apa-apa yang perlu bagi memenuhi keperluan kamu dan anak kamu dengan cara yang baik". (Riwayat Bukhari).

Tiba2 Andak terlepas cakap " hah, boleh curi duit suami?", seraya itu suami Andak menjawab " La, baru tahu ke? abang ingat Ina dah tahu" Andak cam blur sikit. "Habis tu kalau Ina takde duit, bolehlah ina ambil dari dompet abang?" sambil pandang muka Andak dengan senyuman, dia menjawab " Ambillah " wah! dapat lampu hijau...hehehehe (dah ada niat nakal nih!).

Suamiku yang sempoi ...
p/s : tak reti ar amik duit orang tak inform...



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...