Friday, May 22, 2015

Adik Muhammad Zikri Haziq

Assalamualaikum,

Nama baby ni Muhammad Zikri Haziq bin Azmi, yang kelakarnye sekarang dia dah setahun 7 bulan. Mama dia baru nak update hari ni sebab busy membesarkan baby bertuah ni. Huhu...

Alhamdulillah, Adik (sementara ni panggil adik sebab baby dalam perut ni tak kuar lagi, oopps!) Masa kecik memang kurang meragam, malam tido lena dan agak lama menyusu dengan mama, 9 bulan.



Rupa dia sekarang, cerah dan lasak. Sangat pemakan dan peminum orangnya (maksud : dia sangat suka makan dan minum) huhu...

Sangat bertenaga dan lasak. Mama dah jadi Mak Lampir sebab kerja menjerit je. Hahaha...namun walaupun begitu Adik sangat mudah memahami sesuatu perkara. Walaupun sekarang suruh panggil "mama" dia sengaja panggil "abah"...ggrrr

Abang, Muhammad Adam Hakim sangat sayang kat adik dia ni. very protective walaupun bergaduh jugak dengan Adik.

Since buat masa ni mereka berdua je dan dua2 boy, so nampak cam kamceng sangat. Mama sentiasa doakan kasih sayang kamu berdua seeratnya. Tak mau gaduh2 ya sayang. Gaduh2 manja takpe lah.

Mama jarang update blog, walaupun sebenarnye hasrat mama nak anak2 mama baca apa yang mama nak luahkan dalam ni. Tapi mama harap tanpa kata2, anak2 mama faham yang mama sangat menyayangi Abang Adam dengan Adik Zikri.

Hanya dengan perbuatan dan kasih sayang yang mama mampu buat. Selagi terdaya,sayang. Terima Kasih kerana menghiasi dunia mama dengan indah sekali. Syukur Alhamdulillah. Terima Kasih Ya Allah.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...