Wednesday, February 29, 2012

Si Penglipurlara...

"Dia suka mencanang cerita,
 Sentiasa berusaha menghebahkan berita,
 Begitu cintakan seni ilusi,
 Yang tiada terjadi di realiti.

Katanya tidak masuk akal,

Namun celik sengaja jadi buta,
Pekak pula menjadi pendengar,
menonton drama bersiri tanpa henti.

Aku sekadar menjadi pemerhati,
Menanti bilakah episod terakhir,

skrip yang paling menjemukan,
pada abad ini.

Jika kesabaranku yang ditoreh,
Jika keimananku yang dicabar,
Aku lebih rela jadi penonton,
dari melakonkan watak jelek ini.

Biarlah dia dengan dunianya,

Dirasuki jiwa yang tiada tenteram,
Kerana tiada Iman didada,
Dia sengaja menjadi Penglipurlara"                                   



Tuesday, February 28, 2012

Dominant Vs Poyo

Ada aku kesah?

Ada orang beritahu Andak ni bersifat 'Firm & Dominant'. Sebenarnye bukan seorang yang pernah cakap macamtu. Rata2 yang mengenali Andak akan berkata perkara yang sama. Dan ini takkan berubah dari dulu, kini dan selamanya. Lebih ketara kalau perkara ini melibatkan kerjaya. Sebab andak memang lebih suka bekerja dari dok umah (leh gitu?). Maksud saya : mungkin saya boleh jadi pekerja cemerlang tapi saya tidak boleh jadi seorang surirumah yang baik.Mungkin Andak merupakan anak sulung dalam keluarga, ketegasan itu terdidik dari kecil. Mungkin dari dulu lagi mak dah amalkan slogan Ustazah Pilihan : "Terdidik Wanita, Terdidik Generasi", erk!!?!!!

Hari ni terasa ditampar bila Andak digunakan alasan untuk dia berasa tidak selamat. Andak tidak pasti dari sudut mana rasa ancaman ini datang sedangkan hubungan profesional kami selama ini berjalan dengan baik. Malah jika berlaku salah faham , Andak akan straight-forward je dengan dia dan nampaknya boleh diselesaikan dengan cara baik. (Maybe dari pihak Andak je)

Sungguh !!! Andak kagum dengan cara dia mengendalikan urusannya, cuma kurang berkenan dengan 'attitude'nya yang lebih sudu dari kuah. Kadangkala cerita yang beritahu ' Indah Khabar Dari Rupa'. Mungkin disebabkan itu, selepas dimaklumkan...kami pasti mendapatkan pengesahan semula dari empunya diri. Kebanyakan memang ditokok-tambah, tetapi adakalanya memang benar juga (akibat dah selalu kena tipu).

Pada Andak, kalau dia jujur dan tidak poyo, mungkin kami boleh get along. Ikhlas, andak suka tengok cara dia cuma tak setuju bila sesetengah peraturan diubah sesuka hati. Kalau tak menyusahkan sesiapa takpe, ini merugikan semua pihak, lepas tu tak nak mengaku. Sebab tu Andak mempertahankan ketegasan, supaya kepala ini tidak lagi sakit sebab dipijak sesuka hati.



Monday, February 27, 2012

Buruknyer Bile Lelaki Merajuk !!!

                 Selalunya perkataan "Merajuk" dikaitkan dengan perempuan. Iyalah, perempuan kan selalu inginkan perhatian,suka dimanja, dipuja dan dipuji. Malah perempuan juga akan sengaja menjadikan alasan "Merajuk" untuk mendapatkan sesuatu yang diingini. (hehehe, sebab saya selalu sangat buat macamtu)



               Berbalik pada tajuk diatas, kadangkala lelaki juga mengalami mood yang sama, ingin bermanja tapi dengan cara yang tersendiri. Lelaki ni kan EGO, diorang mana nak mengaku diaorang ni merajuk. Part yang paling kelakar ialah hanya angguk dan geleng semasa berkomunikasi. Muka tak yah nak cakap ler, masam mencuka (buruk betul!). Mulalah rasa cam pujuk orang bisu plak. 


              Perempuan mulalah menggunakan teknik2 yang berkesan untuk memujuk. Jari-jemari pun dah search "google" untuk petua menangani masalah ini. Semuanya dah dilakukan tapi hasil nampaknya sia2.



              Tapi yang membuatkan kelakar menjadi bengang bila "Merajuk" ni berlarutan mengalahkan pompuan. Konon2 makan dalam la sangat. Kekadang halnyer kecik jer dan bukannya disengajakan. Mulalah cerek air mendidih tu berbunyi. Sebenarnye masa ni lah yang menguji kesabaran perempuan. Samaada kita mampu berfikir secara kreatif yang "mampukah kita sejukkan hati si dia?".
             Kalau difikirkan balik, kalau tak bergaduh dan merajuk...macamana lah agaknye warna sesuatu hubungan itu. Mesti hambar je kan? Yang bestnyer, bila masalah ni dah settle, dan masing2 dah berbaik semula...mesti isu ni yang dijadikan bahan bualan dan gurauan. (just jgn bagi merajuk balik dah ler!)

                  Pada Andak, Fair & Square lah...dua2 pun boleh merajuk. Janji masing2 sudi nak pujuk kan..kan..kan..sabarlah je lah bila moment ni terjadi. So, ada rasa nak merajuk tak hari ni? 
Bila nak datang pujuk nih? Lama dah tunggu...(hehehe..gurau je!)
Sumber : Google







Friday, February 24, 2012

Maafkan Saya - Yang Sejuta Kali

Saya saja2 nak borak kat awak, cerita apa yang berlaku hari ni. Seperti biasa dengan lagak manja dan meminta perhatian. Awak dengan selamba macam takde apa2...mengalih pandangan tanpa perasaan. Namun saya masih tak putus asa, bercerita dengan penuh keyakinan. Namun hati sebenarnya sudah tidak tahan, pilu diperlakukan demikian. Soalan pertama, kedua dan ketiga dibalas dengan sindiran, buat hati menyala , marak bagai disimbah minyak.

Saya jadi bukan diri saya lagi, menyoal tanpa belas kasihan. Tanpa memperdulikan keadaan, hanya tahu melepaskan apa yang terbuku di lubuk hati. Itu yang penting pada saya kini. Setelah puas menghamburkan , hati berasa lega. Namun sebaliknya awak semakin mencuka. Diam seribu bahasa. Masa tu saya sedar, betapa terluka hati awak kini. Maaf jua tidak mengubati, namun menambah benci pada diri.

Maafkan saya, awak. kerana terlalu ikutkan emosi. Saya akan selalu bersalah begini, dan saya akan selalu meminta maaf dengan awak. Maafkan saya ek. Maafkan saya yang ke-sejuta kali.

Arwah Nenekku Jumiah...

Hari ini dua org collegue Andak off sebab menghadiri upacara pengkebumian nenek mereka. Tetiba teringak plak arwah nenek Andak yang telah lama pergi meninggalkan kami. Dari tadi nak publish gambar nenek tak boleh2..geram betul. nanti dah ok, Andak publish ek.

Arwah nenek andak ni orangnye penyayang, akan sentiasa berusaha memenuhi kehendak cucunya walaupun badan dah tak larat nak layan. Kang biler dia dah bengang, dari subuh ke maghrib dia membebel tak hengat. Walaupun Andak bukan cucu yang dia bela dari kecik, tapi kami rapat sangat sb mak rajin bawak kami menziarahi nenek. Pendek kata, hujung minggu mesti berkumpul kat umah pakcik. Yang peliknya tak boring2 melepak kat sana sampai kitaorg naik heran macam takde tempat lain nak pergi.

Mungkin ikatan kekeluargaan tu kuat sampai kalau ada benda berbalah pun, kami masih boleh bawak berbincang dan selesaikan cara baik. Andak rasa mungkin sifat yang nenek tanam dalam anak-anak nenek menyebabkan masing2 akan sentiasa ingat-mengingati antara satu sama lain. Bila lama tak jumpa, pasti ada yang menelefon bertanya khabar. Walaupun kadangkala cuma 2-3 minit ( sebab kredit tak cukup, hehehe) namun cukup sekadar melepaskan rindu untuk mendengar suara.

Masa arwah nenek ada dulu, sehari sebelum raya Haji...kitaorg ramai2 akan kacau dodol buatan sendiri. Tapi dah tak diamalkan sejak Arwah nenek dah takde ni. Mungkin masing2 akan sedih teringat arwah nenek yang excited setiap kali nak mengacau dodol. Dia akan pastikan semua bahan2 lengkap dan dibancuh dengan baik. Walaupun dah tak larat nak mengacau, nenek akan jadi peneman setia dan pembakar semangat bagi kami yang mengacau dodol nih.

Bila menyentuh isu arwah nenek, dalam hati ada rasa pilu sangat. sebab orang yang kita sayang dah takde didepan mata. Andak selalu bayangkan perasaan mak bila mengenangkan ibunya dah tiada disisi. Sebab itu Andak sentiasa berusaha sebaik boleh mengisi kekosongan hati agar Mak tidak terlalu merindui arwah Nenek.Namun manusia tidak sempurna, kan...
Nenekku Jumiah (kiri sekali), Mak Ngah, Mak Su dan Mak

Thursday, February 23, 2012

Tribute to Hazreena & K.Zuhaina

dah lama saya dapat benda ni, sebelum exam SPM (tahun 1998). Bayangkanlah lamenyer benda ni ada kat saya. Yg colour hijau ni pemberitahuan Hazreena dan colour blue-purple ni dari Kak Zuhaina. Sebenarnye terharu sangat dapat benda ni dari diaorg sb saya berhenti dari Sekolah Menengah Puteri Titiwangsa untuk sambung ke Sekolah Menengah Teknik Langkawi . So, kitaorang dah tak satu sekolah selama setahun lebih tetapi 2 member ni tak pernah putuskan hubungan. Masa tu suratlah penyambung komunikasi kami. Sekarang saya tampalkan di dinding ofis semangat membakar semangat semasa bekerja. Lagipun, diaorg buat cantik sgt dan saya selalu ingat diaorg bila tgk benda ni. Terima kasih Hazreena dan K.Zuhaina. Rindu kat korang!!!

Ditelan mati Emak, Diluah mati Bapak...

Nombor satu saya sayang ibu,
Nombor dua saya sayang ayah,
Nombor tiga sayang adik kakak,
Satu, Dua , Tiga , sayang semuanya....

Leka Adam mendengar lagu pendek yang Mama Andak nyanyikan untuk dia. Benar, dia tak faham maksudnya lagi. Sekadar terbuai mendengar lenggok suara yang Andak alunkan. Cuma Andak berdoa, semasa dia sudah mampu memahami bait kata lagu ni ; dia sedar bahawa ahli keluarga adalah untuk disayangi dan bukan untuk disakiti. Menegur bukan bermaksud benci, tapi diam bukan bermaksud memusuhi. Betul, bukan mudah nak memuaskan hati semua orang. Sekurang-kurangnya cubalah lakukan yang terbaik untuk satu sama lain.

Kiri atau kanan bukan penentu berada di pihak yang betul, juga bukan berada di pihak yang salah. Kadangkala cara agak keterlaluan, namun kebenaran tetap terungkap. Semoga Adam beroleh kesabaran dalam melayari hidup yang penuh cabaran dan dugaan ini. Mama akan selalu mendoakan Muhammad Adam Hakim !

Monday, February 20, 2012

Mesej Cinta Suamiku



14-02-2009 11.22pm :
" Ada Ina disisi abg bahgia, tak la sunyi "

27-03-2009 15.36pm :
" Askum Ina, Abg nak Ina je "

15-04-2009 16.33pm :
"Kebahgiaan yg Ina berikan kat abg takkan abg sia2kan ..."

17-04-2009 16.49pm
" Ina berikan abg peluang untuk menyayangi diri Ina, hanya itu yg abg mampu Ina, kasih sayang..."

18-04-2009 17.13pm
"I love you too Ina. Muah! Muah! Muah! Ceria je hari ni ada apa2 ke?"

23-4-2009 08.35am
 "Abg lg syg kat Ina, I LOVE YOU!"

07-05-2009 06.15PM
" Abg nak Ina menjadi milik abg sepanjang hayat. I Love U, Ina "

Mesej yang masih tersimpan dalam hp Andak sebelum disahkan menjadi isteri Abg Syg. Bila teringat zaman manis masa bertunang, mesti buka hp baca mesej ni semula..hehehehuhuhu...
"Hati Abg milik Ina"

Wednesday, February 15, 2012

Masa sesuai minum air...


  • Minum 2 gelas air masak - SELEPAS BANGUN TIDUR. Ia membantu mengaktifkan organ dalaman.
  • Minum 1 gelas air masak - 30 MINIT SEBELUM MAKAN . Ia membantu penghadaman dan membuatkan perut lebih bersedia memberi ruang untuk kemasukan makanan.
  • Minum 1 gelas air masak - SEBELUM MANDI. Ia membantu pengaliran darah dan mengurangkan tekanan darah.
  • Minum 1 gelas air masak - SEBELUM TIDUR. Ia dapat mengelakkan terkena strok dan serangan jantung ketika tidur.
Air Mineral 'favourite' Andak
Botol Air Andak kat ofis. Besar tak? hahaha...
Baca memang senang, nak amalkan tu yang susah...kan? Just think, practice make perfect . Andak tengah nekad kuar makan tengahari tak nak order air masak. tapi takut sgt tercekik. huhu...camne ek?

Dari Acheh ke Surabaya,
Pak Pandir cuba mengorat Mak Andih,
Kalau nak seribu daya, 
Kalau tak nak tu seribu dalih....kan, kan, kan.

Tuesday, February 14, 2012

Hari Manja Abah bersama Muhammad Adam Hakim

Beberapa hari ni Abahnye kepenatan sebab bekerja lebih masa sempena Thaipusam. Jadi Mama (Andak) pun 'bekerja lebih masa' lah bersama Muhd Adam Hakim sebab bila Abahnye dah penat dan buat muka monyok tu, maksudnya dia dah tak larat dah nak melayan Adam.
Disebabkan Abahnye off 2 hari ni, masa inilah digunakan sebaik mungkin untuk melayan keletah Muhd Adam Hakim yang amat rindukan usikan manja Abahnye tu.(Maklumler, adam kan anak abah...ye meh?) Tambah2 lagi Abahnye suka sangat mendukung Muhd Adam Hakim, walaupun dah 11 kilo!!! (sekarang dah lebih sikit rasanya). Sebab tu walaupun elok2 tengah duduk bersantai, nampak je Abahnye mesti diminta dukung (ha..kan dah mua)



 Bila difikirkan balik, memanglah Abahnye penat..kene keje 12 jam. Bila balik, rasa nak berehat je. Tambah lagi Muhd Adam Hakim tengah lasak, nak tukar pamper pun macam nak berkungfu rasanya. Elok jugak abahnye spend time dengan anaknye, dapatlah Mama menulis dengan tenang, aman dan damai dalam bilik ni, hehehe... . Kalau tidak baru menaip sebaris, macam2 hal nak kene buat, menyidai kain..basuh pinggan, masak dan macam2 lagi lah. P/S : Mama sayang both of you...

Monday, February 13, 2012

Anjat Gegurl !!! (Birthday Mummy)






Jambangan Bunga Kasih

             Seperti yang diwar-warkan, MK Zahari mengotakan janjinya. Sejambak bunga ros merah didatangkan khas oleh penghantar bunga tiba di perkarangan pejabat. Eila menerima dengan senyuman, dan dengan sepantas kilat menuju ke pejabat atas untuk membuat kejutan berganda kepada kakaknya, Efa. (ye,adik-beradik satu ofis !!!) Masa tu, Andak tengah borak2 sambil buat kerja (mulut jalan, tangan pun jalan)...then, ternampak Eila tunjuk signal 'diam' sambil menghampiri Efa menyerahkan Jambangan Bunga Kasih tu.

Efa terima dengan muka terperanjat sangat, terus mengalirkan airmata. Terharu la sangat sebab dia dah merajuk dengan cik abang dia malam tadi sebab tak wish apa2 pun. Tapi Andak rasa airmata tu lebih kepada perasaan bersalah sebab berprasangka kan? kan?..adatlah kan, sapa suruh cik abang awak tu berlakon ye tak?
Muka Mak Buyung terharu dapat bunga


               Tapi yang penting, perasaan kasih, sayang dan cinta lebih semarak lagi lepas ni.InsyaAllah.Bila dah dibelek-belek bunga hidup tu rupanya ada sekuntum bunga mawar plastik di tengahnya. Kalau pembaca perasaan gambar diatas, bunga tu ada ditepi pipi Efa. Bila ditujukan soalan pada MK Zahari, katanya nanti bila bunga segar tu dah kering, tinggal bunga plastik tu terus kembang dan segar sebagai bukti cintanya kekal hingga ke akhir hayat untuk Efa. syahdu...lebih2 lagi pada kad tertulis ucapan sederhana dari lelaki yang tak pandai nak romantik2 nih...

Ucapan ikhlas dari suami untuk isterinya


               Apapun, harap2 terpujuklah rajuk Efa dengan kejutan romantik ini. Andak sekeluarga sentiasa mendoakan rumah tangga mereka kekal aman dan bahagia. Tiba2 teringat pula gambar Andak dengan bunga yang dihadiahkan kepada Ms.Chong (collegue) daripada suami sempena ulang tahun perkahwinan. Andak ni bukan apa, suka sangat kat jambangan bunga lebih2 lagi mawar merah sebab tak pernah dapat. Jadi, tumpanglah tangkap gambar, tak nak kempunan dan nak pujuk hati sendiri. hehehe..

Melepaskan kempunan

Nak pujuk hati sendiri


Wanita bagai mawar mewangi,
Sayangilah dia sepenuh hati,
Jangan pernah sengaja dilukai,
Nanti luka sengat berduri...





Sunday, February 12, 2012

WHAT !!! PAGE FOR EFA ???

Secara rasminya hari ini 12/02/2012, saya berazam untuk jadi penulis yang baik. Blog ini akan saya jadikan sebagai medium latihan ke arah penulisan yang lebih berkualiti dan bagus. Untuk paparan pertama bagi tahun ini, halaman ini saya tujukan untuk Puan Nadzifah Abdul Rahim. Memandangkan esok adalah hari lahir dia yang ke-25, saya dedikasikan ucapan dan rasa terima kasih saya kepada dia kerana sudi menjadi suri hati kepada adik saya MK Zahari.                                                                                                                                                                        


" Selamat Hari Lahir,Efa !!! "

Ucapan : Along tak mesej malam ni (walaupun ada kredit), tapi along memang ingat birthday adik ipar along ni. Semoga panjang umur, dimurahkan rezeki dan bahagia selalu. Terima kasih kerana sabar melayan kerenah adik along dan anak buah along. Along sentiasa doakan kebahagiaan efa sekeluarga. Selamat melahirkan baby kedua for next May. Semoga Allah mencucuri rahmat dan hidayah-Nya keatas efa.

Difahamkan ada kejutan dari suami untuk efa hari ni. Along tahu manusia tidak sempurna, tapi adik along akan selalu sayang dan cintakan efa setulus hati dia. Korang memang serasi bersama dan ditakdirkan sehidup semati, InsyaAllah.

Kasih itu sudah diduga,
Cinta hati sudah ditempa,
Jadi mengapa perlu ditanya?
Jika hanya kamu dijiwa...(ewah! jawab...jawab)

P/S : Sebenarnya gabra sangat terus menaip kat komputer ni. Selalunya tulis dalam buku , buat karangan sedap2 dulu, baru menaip. tapi tetiba ada idea plak, tak sempat nak tulis. Tambah lagi dah mengantuk nih...esok nak kojo..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...