Sunday, April 25, 2010

Pengertian Nilai Persahabatan

Persahabatan adalah perhubungan yang terjalin rapat antara satu sama lain. Bagi aku,sahabat adalah seorang yang boleh dirujuk dan dibawa berbincang dari pelbagai segi permasalahan. Sejak semalam,aku mendengar sesuatu mengenai dia, yang begitu menyakitkan hati. Berubahkah dia? Berubah mengikut keadaan yang memang aku jangkakan bakal berlaku. Berlaku kerana alasan yang begitu menyakitkan.
Perlukah sesutu ikatan diputuskan hanya kerana ketidakpuasan? Ketidakadilan sesuatu perkara yang kita tidak tahu kebenarannya. Mestikah perpisahan menjadi pengakhiran cerita yang disangka indah.
Benarkah apa yang dilihat sekarang? Perasaan yang bertukar menjadi benci. Perlukah setiap kebenaran diperlakukan menjadi kepalsuan sedangkan menyatakan kebenaran amat mudah sekali.
Mestikah aku berhadapan denganmu, bertegang leher menyatakan keegoan dirimu yang kian terserlah.Meskipun didalam hati terselit kebimbangan kerana kau adalah bimbingan, tunjuk ajar dan keprihatinan. Aku terfikir kembali, mungkin salah aku mengungkapkan didikan atau kau yang kian bijak mengemudikan pemikiran.

Renungkanlah, setiap perkara yang terjadi ada hikmahnya. Tapi kebenaran menjadi bukti, keegoan menjadi benteng kepada semua yang berlegar di kepala. Mampukah aku bertahan memikirkan permasalahan sedangkan dihati kian goyah.
Malam ini, pada saat ini,aku tak tahu sama ada aku patut berasa gembira atau sebaliknya.Berbahagiakah aku bila mimpi menjadi kenyataan? Meniti persahabatan yang terjalin murni ini. Kenapa aku bahagia? Sebenarnya aku berhak untuk berasa bahagia,kerana ia mutlak hanya untukku. Tiada siapa boleh menandingi dan menyaingi kasih sayangku. Ianya begitu indah,sampaikan aku berasa tidak layak memilikinya. Aku terlalu zalim, Tuhan. Aku tidak wajar mendapat kasih sayang ini. Mujur KAU memahami keperluanku lantas menghadiahkan dia,seorang permata hati yakni sahabat.
Tika fajar menyinsing, keindahan subuh kurasakan begitu halus mulur. Cahaya yang KAU pancarkan begitu indah untuk aku nikmati untuk menempuh masa depan. Perlahan-lahan ku tadahkan doa kepadamu agar aku tidak lalai dalam mengecapi kasih sayang. Aku bersyukur padamu, Tuhan. Dan aku tahu aku tidak mampu membalas kasih sayang ini. Jadi izinkanlah ingatakun membalasmu. Moga hidupku sepertimana yang KAU abadikan dalam takdirMU. Sepertimana rohku berjanji untuk mengabdikan diri didunia ini. amin...

Thursday, April 22, 2010

Tersekat sesuatu....

Ada sesuatu dalam hati ini yang menyekat saya untuk menerima awak. Saya sendiri tak tahu...mungkin saya terlalu 'enjoy' hidup sorang-sorang. Saya pun tak tahu.
Mungkin saya tak nak orang tahu luka dalam hati saya ataupun sebelum saya melukai sesiapa. Sebab saya tak yakin diri saya layak untuk sesiapa.
Saya takde apa-apa keistimewaan untuk ditawarkan. Sebaliknya bila awak singkap diri saya yang sebenarnya, maybe awak akan lari dari saya...sebab saya bukannyer baik sangat!
Saya bosan...membosankan! Saya tiada tarikan seorang perempuan...malah,saya akan buat orang tak suka dengan saya. sebab membuat orang benci lebih mudah dari membuat orang terus menyayangi kita kan.
Bila dah terasa benci tu, orang takkan ingat kat kita lagi. Tapi bila rasa sayang...kena buat macam-macam nak mengekalkan rasa 'sayang' tu. Itulah punca...kenapa susah sangat nak buat orang terus sayang kat kita?
Kenapa bila timbul masalah, kasih sayang yang dipertikai? Kenapa begitu mudah 'sayang' tu berkecai...sedangkan rasa benci sukar benar disental. Saya tak mampu mempersonakan sesiapa. Sebab pada saya, jodoh pertemuan ditangan Tuhan. Jika awak ditakdirkan untuk saya, pasti ada jalan yang terbuka...tabahkan hati. Kadangkala apa yang ada dalam hati, tak semestinya harus diluahkan. Kerana...jika ia berlaku dengan izinNYa

Tak sepadan

Awak suka kat dia kan? Cara awak pandang dia,layan dia...awak memang suka kat dia. Tahniah! korang memang pasangan yang sepadan. Suka sangat tengok korang.
Walaupun saya pun suka kat awak,tapi kalau saya bergandingan dengan awak, mungkin perkataan sepadan tu tak keluar kot. Yang keluar mungkin langit dengan bumi ke...sungai dengan batu ker...huhu!
Maka,eloklah awak pun tak tahu pasal saya, yang separuh mati suka kat awak. Masalahnya bukan suka-suka tapi suka bagai nak gila! Bukan niat pun,awak pun mesti pelik dengar naper saya suka kat awak.
Sebab awak suka makan apa yang saya makan. He..kelakar tak?
Saya suka bayangkan kalau dapat makan sama-sama dengan awak...komen apa-apa yang patut. Masalahnye saya tak pandai masak, awak plak pandai sangat makan. Mesti awak boring dengan saya. Awak suka perempuan ayu...cun giler. Saya haprak ada la.
So, I'm expected you having someone in your heart now. Dialah kan? Kalau ditakdirkan awak dengan dia, saya redha. Sebab saya rasa tak layak untuk sesiapa. Nak jaga hati pun tak pandai kerana takut kecewa lagi. Nak jaga hati pun tak pandai...sebab takut kecewa lagi...hua!hua!hua! Bila la aku nak berubah ni...

Tuesday, April 20, 2010

Eh! bila saya nangis?

Awak datang lagi. Tak jemu ker menjenguk saya? Tersenyum-senyum plak tu. Janganlah macam tu. Cair plak saya kang. Saya tengah marah kat awak ni. Tak jemu-jemu wajah saya awak tatap. Apa masalahnya? Saya tengah merajuk ni. Cepatlah pujuk...Apa! tak reti pujuk? Baik tak payah datang.
Tapi awak datang sini pun, saya cam dah termakan pujuk,camno ni? Pergilah jauh-jauh. Geramnyer! Nyampah ! tapi sayang, heh!
Awak,cepatlah...pujuk saya sikit je. Mesti saya maafkan awak. Bila lagi nak manja? time ni je lah. Awak pun mood baik je ni...layanlah kerenah saya kejap. Dah lama kita tak jumpa. Saya rindu sangat kat awak. Bangat-bangat!
Janganlah senyum lagi. Isk! tak leh tido la malam ni...mesti asyik terbayang awak jer. Awak tak sayang saya ker? kalau tak sayang, takkan awak sanggup datang sini kan. Uwa! rasa cam nak nangis jer, tapi saya tak nak kalah depan awak.
Ape? senyum-senyum lagi dari tadi. Saya tahulah itu ubat duka saya. Tiba-tiba...tangan awak singgah dipipi,menyapu air mata yang mengalir tanpa sedar. eh! bila saya nangis?


Tumpah juga air mata rindu ini. Saya tidak mampu nak luah. Juga tak pandai nak bermanja. Perangai saya penggerak segala-galanya. Nasib baik awak faham signal saya,huhu...
Saya nak manja dengan awak,tapi awak buat dek jer...tu yang saya merajuk tu! Tengok tu,senyum lagi....gggggrrrrrrrrrrrr

Cerita Bahagia

Awak, saya benar-benar bahagia memiliki awak. Sungguh! Tak terkata bersyukurnya saya. Bagaikan tak percaya...bertemu dan berkenalan dengan awak. Serasi benar kita, bagaikan ditakdirkan untuk hidup bersama!
heh, kelakuan saya benar-benar menguji awak,kan. Malah berjam-jam saya menangis bila awak mula menunjukkan tanda putus asa. Bukan itu maksudku,sayang. Saya cuma nak tengok sanggup ke awak susah senang dengan saya?. Kesetiaan awak yang saya ragukan. Itulah yang benar-benar saya curiga. Kesetiaan dan kasih sayang yang saya damba sepanjang hayat.
Awak, Kalaulah awak tahu apa yang saya rasa...kita mesti tak merajuk macam ni. Saya mencintai awak lebih dari awak tahu. Percayalah...awak jer yang tak tahu.
Bangun dari tidur, first thing yang saya ingat cuma awak. Tak pernah seminit pun awak terlepas dari ingatan. Last thing sebelum tidur pun saya ingat kat awak. Memikirkan hanya pasal awak pun dah cukup buat saya bahagia. Awak yang mewarnai hidup saya sekarang. Awaklah racun, awaklah madu. Awak adalah segala-galanya.Kalau awak boleh teguk untuk rasa kasih sayang saya untuk awak,percayalah...awak takkan dahaga. tapi malangnya...wakaka! ini cuma rekaan...cerita bahagia.

'Rasa'

'Rasa' itu...kembali seperti selalu, menjengah perasaan yang kering kontang dan tandus kasih sayang. Sedar sebenarnya...bahawa 'rasa' itu tidak boleh dibiarkan berleluasa...tapi aku tak kuasa.
Ada seseorang mengatakan padaku,rasa rindu itu petanda, sebuah rasa cinta yang menyala. Jika itu yang terjadi padaku...malangnya,disaat segala-galanya sudah terlewat.
Aku tarik nafas panjang, menahan segala rasa yang terbuku dihati...agar tidak kelihatan. Apalah yang istimewa...cuma ada 'rasa' yang sesekali menyinggah...menyakitkan deria rasa dan fikiranku.
Ingin aku lepas nafas itu, seakannya pasti aku tak bernyawa lagi. Atas tujuan itulah aku hidup...demi hembusan nafas yang terakhir.
Seksa benar rasanya, menarik nafas bersama hati yang sakit...dan menghembus segala kecemaran hati yang tidak mampu dicuci lagi.
'Rasa' itu benar-benar menduga aku. Apakah beku benar hatiku ini. Tidak berperasaankah insan ini...atau sengaja mematungkan diri.
Tersedak aku seketika, sesekali berkerut menahan tekak yang sakit. Sekadar mampu berkerut dahi...nafas tidak selancar dulu...seperti terbayang-bayang senyumanmu yang sering mengganggu lamunanku. Namun apalah dayaku...pintu hati tertutup rapi. Menjauhkan syak wasangka yang mendekati.
Pergilah!!!
Biarkan aku sendiri...

Monday, April 19, 2010

Buat Adek.

Pekabo? akak doakan adek sihat,bahagia,ceria bersama member tersayang. Akak tulis surat ni lepas dapat panggilan dari adek tadi.
Alhamdulilah,adek memang tak pernah lupakan akak.Itu jer yang akak harapkan sekarang.Lebih-lebih takde. Sebab akak kesian kat adek..bukan senang nak menyenangkan hati semua orang, lebih-lebih lagi orang yang kita sayang,kan?
Akak tahu,tak banyak...sikit pun,mesti adek ada gak marah ngan akak sekarang. Akak minta maaf banyak-banyak. Dari hujung rambut sampai hujung kaki. Bukan dengan adek sorang akak buat camtu. Dengan sumer orang.
Akak bosan sebenarnye.Terlalu banyak tekanan dan akak terpaksa tanggung sebenarnye. (semua plak tu!). Akak tak nak lepas dan luahkan kat adek. adek lagi banyak nak fikir. Akak pun terasa kehilangan jugak,sebab sebelum ni semua benda akak citer kat adek. Maybe adek tak perasan kot...walaupun adek tak pernah cakap apa-apa,at least...bila ceritakan kat adek,rasa lega la sikit kot.
Anyway...akak minta maaf sebab mengabaikan adek.Sebab pada akak,sekarang adalah masa adek. Akak dah pernah rasa study life dolu-dolu. Ini jer masanyer.Adek nak travel ke mana-mana..nak buat apa yang adek suka. Akak tahu apa perasaan nak disukai, disayangi dan ambil berat antara satu sama lain. Hargai dan jangan sia-siakan apa yang adek ada sekarang.Senang nak buat orang benci tapi susah sgt nak mengekalkan sebuah ikatan kasih sayang.Itulah cabaran buat adek. Akak doakan adek bahagia.Cuma satu yang akak harap dan mintak:
" Jangan abaikan pelajaran !!!!!"
Apa yang adek belajar sekarang mesti terap betul-betul dalam diri adek. Akak taknak adek cuma belajar untuk periksa. Sebab dulu akak buat camtu,rasa rugi sangat!
Ingat tak adek pernah citer yang adek sedih masa member ayah adek tanya pasal result adek. So,let's them proud of you. Inilah masa untuk buktikan.
akak nak pesan,ada member akak teruk sgt nak membayor duit PTPTN tu. sb diaorg mintak sampai RM200 sebulan. Padahal keje pun tak tetap lagi.so,terpaksalah berjimat-cermat.Bolehlah survive,tapi kengkadang kantoi gak.
Terus-terang akak cakap,susah sangat nak cari keje sekarang.So,adek kalau agak-agak dah nak abis study tu...apply lah keje government ker? senang sikit...
Akak pun dok intai-intai peluang,cuma peluang jer tak intai akak.tah,malu kot peluang tu! Dalam hati ni,Tuhan je tahu betapa akak rindu kat adek. Akak akan bahagia kalau tahu adek bahagia.Sebab pada akak,asal kita tahu hati masing-masing,cukuplah kan.
Sekaranglah masa untuk kita buktikan "taknak dan takkan lupa' tu kan? Insya-Allah, adek takkan luput dalam ingatan akak,kecuali akak hilang ingatan..he! Ingat pesan akak: belajar rajin-rajin, jangan tinggal solat, bercintalah dengan sepenuh hati adek dan jangan lupa mak bapak adek. Sampai sini dulu,penat dah mengarang ni.oklah,take care.wassalam.

Senyuman Gula

Mimpi ngeri itu datang lagi. Berkali-kali menjengah lenaku.Dan setiap kali itu,air mata pasti berjujuran dipipi...kerana aku kehilanganmu dalam mimpi itu.
Walaupun dalam hakikat,kau bukan milikku jua...namun aku berasakan...'heh'...biarlah dalam mimpi aku dapat menjadi milikmu. Namun dunia ini adil,alam nyata atau mimpi,kau tetap bukan milikku.
Hancur luluh hati...tak dapat dicantum lagi. Memang mimpi itu petanda nyata. Tetapi mengapa hati seakan tidak mahu mengerti? Puas aku pujuk hati, namun di mata ini masih terbayang manisnya senyumanmu. Galak sungguh tawamu setelah berjaya memperbodohkan aku. Masih terasa sakit hati bila kau memungkiri janji.Namun bagiku, kaulah penawar lara. Tak mungkin dapat ku cari ganti, walaupun kau bukan antara yang terbaik.
Bayangan itu,nyah la kau dari situ. Jangan terus-terusan menyakiti hatiku, yang sedia menyayangi dan merinduimu.
Senyumanmu umpama gula...meresap dalam sanubari,pengubat dikala sepi. Mujurlah kau tidak selalu tersenyum padaku,kerana senyumanmu buat aku tidak berpijak di bumi yang nyata ini.
Bagaimana harus aku sedarkan diri? aku tidak tahu,betul-betul tidak tahu! kerana kaki ini tidak mampu lagi berdiri. (merangkak la,ye tak?)

Menduakan sayang...

Aku benci lelaki yang tak sedar diri. Telah dipunyai tapi tidak mengakui hakikat...Malah cuba memiliki yang lain lagi. Tiada nilai padaku,malah kejujuran mungkin tiada dalam kamus hidup dirinya.
Sememangnya aku terharu melihat layananmu, walaupun kau punya pilihan untuk tidak berbuat sesuatu. Malah tidak membezakan layanan walaupun antara kita terdapat jurang yang dalam, sedalam luka dihati aku.
Melayani aku secara biasa, tiada cacat celanya. Teringin melihat kau marah padaku, tapi aku tahu...kau takkan berdaya berbuat begitu.
Terharu ini membawa aku jauh ke dalam hatimu. Sayangkah kau dengan diriku? kerana sayangkah yang membuatkan dirimu sabar melayani kerenahku.
Sungguh...kau sememangnya anugerah Tuhan untukku. Tak mampu lagi ku sangkal apa yang terang lagi disuluh.
Tapi, kerana sayangkah...kau menduakan aku? fakta yang tak dapat diterima akal langsung!!!! Terharu sungguh aku melihat layananmu...seakan salah itu bukan milikmu, seolah-olah bukan niatmu berbuat begitu.
Namun aku tak mampu lagi, mempercayai kata-katamu yang pada aku tiada erti lagi, cukuplah sampai disini...aku tak mampu menjawab teka-teki lagi...lu jawabla sendiri!

Sunday, April 18, 2010

Izinkan aku mengingatimu

Cemburu ini datang seperti selalu. Bila melihat dia bermesra. Terasa panas seperti kena seterika ?!?! namun apalah aku ni? kalian sedang bercinta! Ada sesuatu menyucuk hati, dan nafas tidak selancar tadi. Ah! bahagia dia memiliki gadis yang penuh pekerti yang tinggi.
Aku tak mampu memadam nama dia dalam ingatan dan hati, terlalu istimewa dan selalu mengundang dirinya dalam diriku.Tidak sengaja sebenarnya, mempelawa dia menginap dihati. Betul-betul tidak sengaja!
Aku memang tak pandai guna cermin,sebab itulah jarang menilik diri...yang sebenarnya tidak layak untuk dirimu. Ya Allah! kuatkanlah hatiku. Redhakanlah hatiku dengan suratan ini. Airmata terasa mahu mengalir...tetapi aku bimbang kerana airmata ini terkandung kasih-sayang dia. Mana tahu surut pula apa yang bertakung dalam hati. hek!
Berbahagialah dia memiliki sang puteri yang sepatutnya. Aku tidak berhak. Siapalah aku...hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong. Hendak berangan pun saya tidak berani lagi. Begitulah hebatnya penangan dia.
Izinkan aku mengingati dia kalau aku terasa merindui dia sebab pokok sudah tertanam subur,payah hendak dicabut akarnya. Lebih-lebih lagi, kalau rajin disiram setiap hari...ewah! pokok apa yea...

Awak yang telah berpunya!

Awak,saya suka sangat tengok awak...pelik sesangat! cam tak puas je teliti perangai awak tu, macam-macam ada!
Saya sukakan peribadi awak.Tak tahulah apa tarikan yang awak miliki, buat mata saya ni terus melekap memerhatikan tingkah laku awak.
Khayal betul rasanya..hanya memikirkan tentang awak sahaja. Tapi apalah daya saya,hanya bertepuk sebelah tangan. Awak telah berpunya. Untung betul si dia...dapat merebut hati awak yang saya damba selama ini.
Walaupun terluka,tapi saya bersyukur. Awak dapat orang yang lebih baik dari saya. Awak pasti lebih bahagia dengan dia. Itu yang saya pasti...
Saya tahu inilah akibat meminati orang dalam diam,namun saya pasrah...kerana saya percaya pada takdir.
Takdir yang mempertemukan kita, takdir juga yang memisahkan kita. Tapi saya bersyukur mengenali,memahami dan pernah menyayangi awak,heh! (sempat lagi?)
Ibarat membaca sebuah buku cerita yang dimiliki orang. Membaca,memahami isi kandungan dan menyelami rahsia cerita namun penghujungnya, mengembalikan buku tersebut pada empunya. Saat yang terindah hanya sementara...betul tak?
Awak, satu nama yang tak akan luput dalam ingatan. Menyayangimu dalam diam,ibarat menyalakan api dalam sekam. Lagi ditanam,tetap terbakar dalam diam. Begitulah membara rasa sayang ini,amboi!

Sekadar menguji setia

Ada sendu bila menyebut namamu. Pelbagai rasa datang menyinggah.Seribu satu soalan tidak terjawab dalam minda. Mengapa aku jadi begitu? Mengapa namamu begitu tragis sekali padaku? Aku sedar,terlalu banyak luka aku calitkan dalam hatimu. Walaupun tanpa rela, ego ini memaksa aku memperlakukan dirimu begitu.
Bukan tak sayang, sekadar menguji setianya kasihmu,sedalam mana sayangmu...seikhlas mana rindumu...
Hakikatnya...setia,sayang dan rindumu tidak ternilai.Tak mampu ku tebus dengan wang emas sekalipun. Rajukmu membawa seribu satu duka..namun mati bila bertembung dengan keegoan ini.
Buta sungguh mata ini, pekak tuli telingaku, celupar 'bangat' mulutku...tergamak menyakiti insan yang teramat ku sayang,walaupun tak pernah sekalipun aku lafazkan.
Aku bimbangkan dirinya...walaupun didera perasaan,sayangnya tak pernah surut buatku. Itulah yang membuatkan diriku tak pernah layak untuk dirinya.
Sayangku padamu halus mulur...walau ditapis tak tinggal serdak. Sebab aku bukan orangnya...untuk menunjuk rasa kasih dan sayang.
Kerana aku cuma tahu menyayangi dirimu lebih dari kau tahu...dan tidak akan ada orang yang tahu...eceh! konon.

Rebah walaupun gagah?

Orang kata...kalau sesuati berlaku,terasa di hati. Pendek kata..heh! 'Kuch Kuch Hota Hai?' la. Aku pun tak tahu apa yang sebenarnya aku rasa. Mungkin dah lama aku matikan rasa itu. Dan dengan tak sengaja,ia muncul kembali...
Teringin membawa kembali perasaan itu menetap di hati, tapi bimbang ia tak lama menginap disitu. Kerana perasaan itu bila mula hinggap, seluruh badanku akan terima padahnya. Serba-serbi terasa tak kena.
Apatah lagi hati...sentiasa menyimpan rasa tidak percaya pada diri. Walaupun hakikatnya kekuatan itu datang dari hati,tapi aku percaya..hati aku sudah tidak kuat lagi.
Kudrat yang ada. Ku simpan untuk menepis prasangka yang datang. Tapi apalah daya...kerana kudrat yang ada tidak sekuat mana.
Namun ku tetap harungi dugaan ini,walaupun terasa mahu rebah menyembah bumi. Aku perlu gagah...walaupun bukan untuk diriku. Aku perlu kuat walaupun tidak punya kekuatan jitu.
Sabarlah wahai hati,seberapa banyak pun yang terasa dihati. Walaupun mula menjalar ke akar umbi,pertahankanlah...
Kerana cinta itu tak semestinya hak milik kita...andai sudah ditakdirkan bersama...walau terpisah akan bertemu juga di persimpangan. Walaupun luka ini tidak nampak,telan dalam-dalam. Biarkan dia tidak nampak,biarkan dia buta. Kerana satu hari nanti,kalau dia terlihat...pasti dia akan menggosok mata! kerana tak tahan melihat kilauan permata. ewah!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...