Thursday, March 22, 2012

Bujang Mama Yang Jakun...

Selama ni Andak cam tak yakin je nak bagi anak bujang Andak ni naik kereta bergerak ni. Sebab dia tak boleh duduk betul sangat lagi. Tetiba masa gi Giant Batu Caves baru ni, tergerak plak hati nak bagi dia merasa naik. Sekali, nah ! ambik kau...





Terserlah kejakunan anak bujang mama ni. Cian Adam, mama takut nak bagi main. Dia tak nak lepas kereta tu. Setia tangan nenek mengawasi dari tepi. Siap2 jerit2 lagi. Maybe dia teruja sebab ada muzik dan bergerak2 lagi..ye tak? (tah2 mama dia masa dapat naik ni pun jakun lebih lagi..hahahaha)


Sunday, March 18, 2012

Blog Cita-Cita

Assalamualaikum
Maaf, lama sangat tak update blog nih. Kerja banyak sangat sampai tak dapat nak arrange masa. Lagipun dah lama tak puasa nih. Kalau tidak, dapat update blog time lunch. Ingat esok nak puasa, sebab badan rasa dah naik sangat nih. Perut pon sampai org ingat ada adik Adam. Huhuhuh..

Sebenarnye kalau blogger lain baca, mesti diaorg cakap itu alasan je kan. Sebab itulah cabaran dan dugaan yang mesti diharungi. Jadi Andak taknak melenyapkan harapan dan impian untuk jadi blogger terbaik. Jadi pergilah jauh2 perasaan malas itu, sebab cita-cita saya tertanam dalam blog ini. Jadilah Blog Cita2..leh gitu?

Cita2 Andak sebenarnye nak jadi penulis sebab Andak memang suka sangat menulis. Masa kat Sekolah Menengah Puteri Titiwangsa dulu, tiap2 minggu mesti ada satu cerpen Andak bagi kawan2 baca. Masa tu memang idea sentiasa ada dan minda ni macam ada je terisi dengan perkataan yang sesuai. 

Dan buat kali pertama, Andak menghantar karya ke pertandingan cerpen untuk majalah sekolah. Unfortunately, mmg tak ingat dapat no 2 ke 3. (antara dua ni lah, no.1 tak rasanye ..hehehe). Sebab just ingat naik pentas dapat hadiah. Masa tu kawan2 yang mengikuti perkembangan penulisan Andak memang gembira sangat. 

Tapi selepas dari itu, idea dan bakat ni macam terbenam je. Mungkin tiada orang yang meransangkan dan memberikan dorongan , so macam lost je. Sekarang ni pun sebab Abg Syg yg rajin tanya " tak update blog ke?". Walaupun dia pun jarang baca, tapi at least dia prihatin dengan minat isteri 'comel' dia nih. 

Sebab tu, Andak akan sentiasa cuba dan berusaha lebih kuat lagi. Memang terasa masa begitu pantas sekali mengejar, InsyaAllah...Tanpa usaha, mimpi takkan jadi kenyataan kan? so, usahalah !!! Chaiyok ! Chaiyok!

Kerja yang tak habis2 ...

Monday, March 12, 2012

Rasa susah sangat nak update blog bila...


Blogging rasa susah sangat bile :
v
v
v
Terkejar-kejar makan tengahari
v
v
v

Tiba2 after lunch mak menangis2 call, adik kena hempap forklif
 v
v
v 
Balik umah jaga ayah & anak2
v
v
v 
Bergilir2 jaga umak mak & umah sendiri
v
v
v 
Bila banyak sangat keje nak buat
v
v
v 
Bila dah penat sangat sampai tak larat nak buka mata
v
v
v 
Terus je tutup komputer
v
v
v 
Zzzzzzzz....
hahaahahahahaahha

Sunday, March 4, 2012

Hari Menengking !!!

Semalam Andak pergi menziarahi kakak ipar yang tak berapa sihat di Kg Sri Gombak Indah. Lepas suami turun bersama anak, Andak cuba nak cari parking kereta. Sebelum U-turn, Andak melalui sekumpulan budak (dalam awal sekolah menengah). Andak tak faham, ada sorang budak ni, lagi andak ketepi, lagi dia dekat2 dgn kereta cam nak bg side-mirror langgar bahu dia. Budak2 kan kadang2 suka hulur tangan nak pegang kereta lalu. Macamtulah budak tu, kalau terlanggar macamana? Dengan temperature dah naik tak tau berapa celcious, Andak cakap kat budak tu "Ko tak reti nak jalan tepi2 ke? kenapa kereta dah makin ke tepi ko makin ketengah jugak?!!" Budak tu mmg terkejut then jawab " Saya jalan je cik..." Andak terus potong cakap " lain kali kalau kereta lalu, jalan tepi sikit, kalau terlanggar macamana?" then terus Andak masuk kereta.

Masa Andak U-turn tu, dari jauh Andak tgk budak tu dah jalan tepi2 takut Andak lalu kat dia lg. Rasa cam garang gilernyer aku kat budak tu, tapi bila mengenangkan cara dia, geram sangat rasanya.

Then, malam tu plak lepas pergi pasar malam singgahlah kat Supermarket kat Selayang ni. Ada sorang mamat ni tak taulah Nepal ke Vietnam selamba je potong line. Dia terus bagi kat cashier nak bayar. Nasib baik cashier tolak dan bagi signal suruh beratur. Dia macam tak paham bahasa, tolak jugak barang suruh cashier punch. Andak pun apalagi, "woi lu, pegi belakang !!!" (malas nak cakap byk,sebab diorg ni bukan paham bahasa melayu sgt)  kawan2 dia dah gelak2 sebab diaorg noticed yg kawan dia ni potong line. Muka Andak memang cam Bonda Mafia dah..(hahahahaha) . Lepas tu baru dia kebelakang then gi kaunter lain.

Bila dah sampai waktu tidor, mata ni taknak tutup plak. Bila fikir2 balik, maybe sebab keje tengking orang je arini, kepala cam stress sikit. Bangun pagi ni bengang je rasanya. Ya Allah, ampunkan dosaku...

Thursday, March 1, 2012

Saya Nak Awak Sorang Je !!!

" Kekadang awak buat    
   saya marah,
  Selalunyer awak buat   
   saya geram, 
  Tiba-tiba awak buat 
   saya suka,
  Lama-lama jadi rindu...
  Entah bila bertukar cinta...
  Walaupun hubungan tidak selalunya indah,

  Saya tahu awak akan selalu disisi saya,
  Walaupun tanpa kata-kata manis,
  Atau pujuk rayu yang romantis,
  Kerana awak menerima saya seadanya,
  Dan sentiasa menerima keburukan saya

  dengan hati yang terbuka.
  Saya nak awak sorang je...."



( ps : * hari ni mood bercinta, tu yg jiwang sikit ...hahahahahahahahahahahahaha)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...