Sunday, February 3, 2013

Buat Baik Dibalas Baik...

ASSALAMUALAIKUM
           

 Tepat jam 6.00 petang, cepat2 keluar dari ofis  sebab nak pergi ambilkan duit mak dari bank. Tiba2 terhenti langkah sebab baru sedar rupanya hujan lebat kat luar siap petir sabung-menyabung lagi. Tapi still kena redah jugak sebab masa tak mengizinkan untuk melepak lama2 kat sini. Yelah, nak beli pampers ayah lagi dan macam2 hal lagi. Nasib baik naik motor, senang sikit. Cuma basah je lah.
            Bila semua dalam list dah beli, terus menuju kedai runcit membeli bahan mentah untuk masak malam ni. Pampers ayah dengan selamba Andak gayutkan kat cermin depan, barang2 dipenuhkan kat bakul. Memang kalau orang tengok kena gelak ar, Ada Aku Kesah ? Nampak line minyak tu dah ngam2 je tapi rasa malas giler nak patah balik pergi isi kat stesyen minyak dengan lebih muatan tu. Lagipun dah dekat dgn umah sangat dah. Apalagi, terus Andak memecut ke Flat Selayang Mulia dengan rasa tak bersalahnye.
            Tak disangka-sangka kat penghujung rumah kat Kampung Bendahara tu, agak2 lagi 2 KM nak sampai umah, enjin mati. Mulalah Andak gabra sebab tak tahu nak minta tolong siapa. Call adik, dia belum balik keje lagi. Call MySyg plak, tak berangkat plak! Buat geram je..at last aku pun tolak la motor tu perlahan-lahan. Worst part is kena naik bukit. Korang bayangkan Andak bawak barang yang banyak, berjuntai2 plak tu, pastu tertonggek-tonggek menahan motor dengan badan yang 'comel'. Paham2 je ler.
Dengan Izin Allah, tetiba ada 2 orang remaja lelaki tegur Andak.
Budak tu : "Assalamualaikum kak, nape ni?" 
Andak : "Tak tahulah dik, rasa minyak abis kot?"
Budak tu : "Saya naik sekejap, amik lagi satu motor"
Andak : "erm, ok"

Dalam masa tak sampai 2 minit, dia turun dengan kawan dia lagi sorang dengan membawa skuter. Gulp! Andak dah la tak pernah bawak skuter!

Budak tu: "Akak bawak skuter ni, saya dengan kawan tolak pakai kaki moto akak ni"
Andak : "Alamak, tapi akak tak pernah bawak skuter la dik"
Budak tu : "Akak mesti boleh punya , tekan je minyak, brek kat tangan tu cam basikal"
(Sambil berfikir2 ingat lagi ke bawak basikal?)
Andak : "erm, oklah"

             Bismillahirrahmanirrahim,Andak pun press minyak. Tetiba rasa best sangat dapat naik skuter. Huhu! ringan je melayang rasanye. tapi still berhati2 sebab first time kan?. Sampai je kat flat, andak tak tahu baper kali andak ucap terima kasih kat 2 orang budak tu. Rasa appreciate sgt sebab sudi menolong akak nih. 

        Andak agak diaorg cam motor Andak ni sebab Adik@Kashaf (adik bongsu) selalu pinjam motor ni malam2. Maybe atas dasar kawan, mereka menolong kakak sahabat mereka. Ikatan persahabatan antara mereka sungguh erat dan Andak pun tak terkejut kalau Adik pun akan berbuat perkara yang sama bila terjadi kepada keluarga kawan2 mereka. 

Syukur sangat bila Allah utuskan seseorang membantu di kala kesusahan. Andak pernah dengar dalam satu dialog filem " Bila kita tolong seseorang, tak semestinya dia akan tolong kita balik..tapi Tuhan akan utuskan orang lain untuk tolong kita pulak.  Macam selalu kita baca : Buat Baik Dibalas Baik, Buat Jahat Jangan Sekali"
" Terima Kasih Kerana Sudi Membaca, Muah! "


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...