Thursday, June 18, 2015

Tak Berdaya

Assalamualaikum...
Dari tadi air mata ni tak nak berenti, tak tau kenapa ...heran apsal emo sangat? maybe pembawakan budak kot.
Padahal cuma dengar suara je pon, bukannye mengadap muka.
Letak je telefon, bila mengingatkan suara yang cukup sayu kat telinga aku ni,
buat air mata aku mencurah dah hampir dua jam ni haaa..adoi, tak tahu camne nak hentikan, nak luahkan, nak redakan perasaan sedih aku ni sekarang...

Dalam kepala aku cuma ada satu perkataan.
"HOPELESS"
tak tahu kenapa aku salahkan diri sendiri. berasa tak cukup membantu dia.
terasa nak menyalahkan orang lain tapi aku rasa orang lain takkan berasa mereka patut disalahkan.

Aku sedih tengok dia, tak pernah rasa senang.
aku terharu tengok kekuatan dia, rasanya aku pun tak mampu nak jadi macam dia.
sehabisnya berkorban rasanya akan ke hujung nyawa.

Teringin nak bawa dia lari, tapi dia takkan ikut aku.
Dia akan setia melindungi kesayangannya yang tak tahu menghargai.
Betul, aku tak duduk dengan dia. Sekali sekali je mampu menggembirakan hati dia.
Lagipun siapalah aku.

Selain emak, pengorbanan dia mengingatkan aku supaya berusaha menjadi anak dan ibu yang baik dan sesempurna mungkin. Memang dia tak senang, tapi dia kaya dengan kasih sayang. Kalau dinilai rasanya dia memang jutawan. Tapi apalah nilainya kasih sayang dia dengan beban yang dia tanggung.

Aku hanya mampu berdoa semoga hidupnya dipermudahkan. Aku sendiri tak mampu membantu sepenuhnya. Mungkin kerana itu aku rasa tak berdaya sangat sekarang. Kalau aku kaya, aku tanggung semuanya. Kasihan anak2 kecil itu, mereka tidak berdosa.

Kadang2 aku berasa berdosa menulis di blog, walaupun ini cuma luahan hati aku sendiri, Berasa akan ada orang yang tersakiti kerana penulisan ini. Tapi aku tak mampu membendung lagi perasaan kasih dan kasihan pada dia.

Semoga Allah melindunginya dari beban yang aku rasa tak tertanggung. Jauhilah dia dari sakit dan semoga pengorbanan ini memberi ketenangan pada jiwanya. Moga sentiasa dimurahkan rezeki, itulah yang amat dia perlukan kini. Semoga anak-anak kecil itu berupaya melihat dan membalas pengorbanan cinta ini. Semoga sempatlah orang yang patut membalas jasa dia, ingatan untuk mereka dan diri aku sendiri.

In Shaa Allah, aku akan cuba sentiasa ada disaat memerlukan. Cuma aku tidak sempurna, Kadangkala berasa tidak berguna bila tidak dapat membantumu sedaya upaya. Sob sob sob...








No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...