Sunday, April 25, 2010

Pengertian Nilai Persahabatan

Persahabatan adalah perhubungan yang terjalin rapat antara satu sama lain. Bagi aku,sahabat adalah seorang yang boleh dirujuk dan dibawa berbincang dari pelbagai segi permasalahan. Sejak semalam,aku mendengar sesuatu mengenai dia, yang begitu menyakitkan hati. Berubahkah dia? Berubah mengikut keadaan yang memang aku jangkakan bakal berlaku. Berlaku kerana alasan yang begitu menyakitkan.
Perlukah sesutu ikatan diputuskan hanya kerana ketidakpuasan? Ketidakadilan sesuatu perkara yang kita tidak tahu kebenarannya. Mestikah perpisahan menjadi pengakhiran cerita yang disangka indah.
Benarkah apa yang dilihat sekarang? Perasaan yang bertukar menjadi benci. Perlukah setiap kebenaran diperlakukan menjadi kepalsuan sedangkan menyatakan kebenaran amat mudah sekali.
Mestikah aku berhadapan denganmu, bertegang leher menyatakan keegoan dirimu yang kian terserlah.Meskipun didalam hati terselit kebimbangan kerana kau adalah bimbingan, tunjuk ajar dan keprihatinan. Aku terfikir kembali, mungkin salah aku mengungkapkan didikan atau kau yang kian bijak mengemudikan pemikiran.

Renungkanlah, setiap perkara yang terjadi ada hikmahnya. Tapi kebenaran menjadi bukti, keegoan menjadi benteng kepada semua yang berlegar di kepala. Mampukah aku bertahan memikirkan permasalahan sedangkan dihati kian goyah.
Malam ini, pada saat ini,aku tak tahu sama ada aku patut berasa gembira atau sebaliknya.Berbahagiakah aku bila mimpi menjadi kenyataan? Meniti persahabatan yang terjalin murni ini. Kenapa aku bahagia? Sebenarnya aku berhak untuk berasa bahagia,kerana ia mutlak hanya untukku. Tiada siapa boleh menandingi dan menyaingi kasih sayangku. Ianya begitu indah,sampaikan aku berasa tidak layak memilikinya. Aku terlalu zalim, Tuhan. Aku tidak wajar mendapat kasih sayang ini. Mujur KAU memahami keperluanku lantas menghadiahkan dia,seorang permata hati yakni sahabat.
Tika fajar menyinsing, keindahan subuh kurasakan begitu halus mulur. Cahaya yang KAU pancarkan begitu indah untuk aku nikmati untuk menempuh masa depan. Perlahan-lahan ku tadahkan doa kepadamu agar aku tidak lalai dalam mengecapi kasih sayang. Aku bersyukur padamu, Tuhan. Dan aku tahu aku tidak mampu membalas kasih sayang ini. Jadi izinkanlah ingatakun membalasmu. Moga hidupku sepertimana yang KAU abadikan dalam takdirMU. Sepertimana rohku berjanji untuk mengabdikan diri didunia ini. amin...

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...