Sunday, March 18, 2012

Blog Cita-Cita

Assalamualaikum
Maaf, lama sangat tak update blog nih. Kerja banyak sangat sampai tak dapat nak arrange masa. Lagipun dah lama tak puasa nih. Kalau tidak, dapat update blog time lunch. Ingat esok nak puasa, sebab badan rasa dah naik sangat nih. Perut pon sampai org ingat ada adik Adam. Huhuhuh..

Sebenarnye kalau blogger lain baca, mesti diaorg cakap itu alasan je kan. Sebab itulah cabaran dan dugaan yang mesti diharungi. Jadi Andak taknak melenyapkan harapan dan impian untuk jadi blogger terbaik. Jadi pergilah jauh2 perasaan malas itu, sebab cita-cita saya tertanam dalam blog ini. Jadilah Blog Cita2..leh gitu?

Cita2 Andak sebenarnye nak jadi penulis sebab Andak memang suka sangat menulis. Masa kat Sekolah Menengah Puteri Titiwangsa dulu, tiap2 minggu mesti ada satu cerpen Andak bagi kawan2 baca. Masa tu memang idea sentiasa ada dan minda ni macam ada je terisi dengan perkataan yang sesuai. 

Dan buat kali pertama, Andak menghantar karya ke pertandingan cerpen untuk majalah sekolah. Unfortunately, mmg tak ingat dapat no 2 ke 3. (antara dua ni lah, no.1 tak rasanye ..hehehe). Sebab just ingat naik pentas dapat hadiah. Masa tu kawan2 yang mengikuti perkembangan penulisan Andak memang gembira sangat. 

Tapi selepas dari itu, idea dan bakat ni macam terbenam je. Mungkin tiada orang yang meransangkan dan memberikan dorongan , so macam lost je. Sekarang ni pun sebab Abg Syg yg rajin tanya " tak update blog ke?". Walaupun dia pun jarang baca, tapi at least dia prihatin dengan minat isteri 'comel' dia nih. 

Sebab tu, Andak akan sentiasa cuba dan berusaha lebih kuat lagi. Memang terasa masa begitu pantas sekali mengejar, InsyaAllah...Tanpa usaha, mimpi takkan jadi kenyataan kan? so, usahalah !!! Chaiyok ! Chaiyok!

Kerja yang tak habis2 ...

3 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...