Sunday, April 15, 2012

Pergh! Sedapnye Sambal Terbelelek

ASSALAMUALAIKUM

Hari ni kami sekeluarga pergi menziarahi rumak Pak Lang di Hulu Langat. Biasalah bercerita tak hengat kalau dah berkumpul tu. Gelak ketawa mewarnai suasana mesra kami. Lebih lagi bila timbul cerita lucu berkaitan Andak semasa bersalin kerana meminta nasi kerana kelaparan ! Adoyai...

Masa nak balik tu, seperti biasa Pak Lang & Mak Lang akan offer tanaman mereka seperti pucuk ubi untuk dibawa pulang. Andak dengan mak memang akan aim bunga kantan sebab kat sini harganya mahal sangat. Lagipun dah lama tak pekena sambal terbelelek.

Pernah dengar tak? Mesti tak pernah kan. Mak Andak citer punyalah sedapnye sambal ni, moyang Andak masa nak meninggal cuma lalu makan nasi putih panas2 dengan sambal ni jer. Maklumlah orang kampung kan suka makan yang simple2 jer. Kata mak Andak lagi, sambal ni dinamakan terbelelek sebab bila dah sedap makan, menikmatinya sampai terjelir lidah sebab menahan pedas tapi sedap. 

Andak buat sendiri tau!

Cara buat dia senang je :
1. Hiris bunga kantan halus2
2. Kopek ikan bilis, buang tahi dan belah dua
3. Buat sambal belacan macam biasa (tumbuk lebih sedap)
4. Masuk bunga kantan & ikan bilis, tumbuk sekali.
5. Perah air asam limau kasturi. siap!

Bila ada Sambal Terbelelek ni, makan dengan apapun sodap. Fungsi dia macam kita makan sambal belacan jugaklah. Andak suka sangat makan dengan ikan goreng yang di goreng garing. Bila asyik sangat makan, laki kat sebelah pun tak perasan, huhu! Try la kalau nak tahu sedap atau tak? Tak kenal maka tak cinta kan...





2 comments:

  1. Org tau sambal kantan jaa,.. pernah citer cara nak buat kat blog.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ooo, yeke? rasanye nama je lain kot. rasa mungkin sama..sebab org nogori kan, hehe...

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...