Wednesday, May 2, 2012

Rupanya Sayang!!!

ASSALAMUALAIKUM

       Si isteri kelihatan bercahaya senyumannya. Sahabat yang prihatin cuba memerhati dari jauh. Namun hati tidak tertahan untuk bertanya tatkala melihat riak muka sahabat yang amat mempersonakannya. Berdasarkan cerita, si isteri menceritakan pengalaman yang baru menempuh alam perkahwinan. Kadangkala jelas keletihan bersalut diwajahnya. Maklumlah, baru belajar hidup berdua. Baru dia tahu bukan senang rupanya, untuk menjadi seorang isteri yang bekerja dalam satu masa. Seharian kepenatan menghabiskan kerja di pejabat kemudian disambung pula dirumah dengan kerja2 rutin. Namun itu tidak pernah membebankan hatinya.
         Namun apa yang membuat dia terluka, dengan sikap suami yang suka menyakat tidak kena masa malah kadangkala menyakitkan hati. Sudahlah tidak dibantu membuat kerja rumah, malah memasak merupakan kewajipan bagi suaminya. Meskipun masakannya tidaklah mencapai standard Chef, namun cukuplah untuk menambat hati si dia. Namun kadangkala hati kecilnya terusik apabila teguran suami berkenaan masakannya kadangkala kedengaran kasar. Maklumlah penat memasak belum hilang, walaupun hanya masakan ala kadar...cukuplah baginya ucapan terima kasih diucapkan.
        Sahabat yang mendengar, agak terkedu dengan situasi tersebut. Lantaran melihat wajah isteri ini penuh kasih sayang buat suaminya. Walaupun segala kerja yang dilakukan tidak pernah dilihat sempurna, tetap dilaksanakan demi suami tercinta.
          Lebih-lebih lagi yang buat sahabat terkedu bila si isteri mengatakan semakin hari dia melakukan tugas dan amanat seorang isteri, semakin dalam dia mencintai suaminya. Rupanya berkat keikhlasan menjaga seorang suami, dilimpahi NurKasih yang tinggi nilainya. Malah sepanjang menjalankan kewajipan, dia sering memikirkan mengapa tidak pernah dihargai, dipuji atau diberi perhatian oleh suami? 
           Tiba2 dia terfikir?...ditegur oleh suami, bukankah tanda suami memerhati dan prihatin? Diwajibkan memasak, bukankah bermakna suami sukakan air tangannya? Walaupun tatkala suaminya menyakat untuk menyakitkan hatinya, tetapi semasa keseorangan teringat semula, gurauan itu juga yang buat bibirnya kembali tersenyum.
          Sekian lama dia bermuhasabah, barulah dia sedar itulah cara suaminya tunjukkan cinta.oooo, macam tu rupanya...

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...