Tuesday, April 3, 2012

"Mencuri" dari dompet suami dibenarkan?

ASSALAMUALAIKUM

Hari Ahad. Sambil tidurkan anak dalam buaian, dan suami disisi sambil menonton TV...Andak belek2 buku "Cakar Harimau Tips Kebahagiaan Rumah Tangga" ditulis oleh Ustazah Siti Nor Bahiyah, Ustaz Mohammad Nidzam Abd. Kadir & Ustaz Zahazan Mohamed. Buku ni pemberian dari sahabat, Noraini Sukmah semasa melangsungkan perkahwinan. Terima Kasih, Nora!!!

               Andak dan suami suka bertukar2 pendapat dalam pembacaan kami. Masa tu terbaca bab ni :

MENGAMBIL WANG SUAMI
Isteri dibolehkan mengambil wang suaminya bagi membeli keperluan diri sendiri dan keluarga seperti membeli makanan dan minuman walaupun tanpa pengetahuan suami. Kebenaran ini jelas dalam arahan Nabi S.A.W kepada seorang wanita yang mengadu bahawa suaminya kedekut. Dia juga memberitahu Nabi bahawa dia "mencuri" daripada kocek suaminya. Nabi S.A.W. bersabda maksudnya:
"Ambillah apa-apa yang perlu bagi memenuhi keperluan kamu dan anak kamu dengan cara yang baik". (Riwayat Bukhari).

Tiba2 Andak terlepas cakap " hah, boleh curi duit suami?", seraya itu suami Andak menjawab " La, baru tahu ke? abang ingat Ina dah tahu" Andak cam blur sikit. "Habis tu kalau Ina takde duit, bolehlah ina ambil dari dompet abang?" sambil pandang muka Andak dengan senyuman, dia menjawab " Ambillah " wah! dapat lampu hijau...hehehehe (dah ada niat nakal nih!).

Suamiku yang sempoi ...
p/s : tak reti ar amik duit orang tak inform...



No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...